how to build your own website


VIDEO  KREATIF
MILENIA  

Sampaikan Aspirasi Milenia Anda

VIDEO KREATIF MILENIA 

Anda Kreatif? Ada Idea? Anda Unik? Sampaikan aspirasi milenia anda melalui video kreatif berdurasi pendek dan anda berpeluang memenangi hadiah serta pengiktirafan hasil usaha anda.

TEMA : ASPIRASI GENERASI MILENIA

Definisi

 Aspirasi - Keinginan yang kuat (utk mencapai, mengadakan sesuatu), cita-cita. (Kamus Dewan Edisi Keempat) 

Generasi - Kumpulan individu yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama, angkatan / tahap atau peringkat kemajuan atau perkembangan (Kamus Dewan Edisi Keempat) 

Milenia - Sinonim dengan kata millennium dalam Bahasa Inggeris yang merujuk kepada tempoh  1000 tahun. Kata yang lain tercatat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang juga merujuk kepada maksud yang sama ialah “alaf” berasal daripada Bahasa Arab.

TERMA DAN SYARAT
PERADUAN VIDEO KREATIF
‘ ASPIRASI MILENIA’
PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

1. Peraduan Video Kreatif ‘ASPIRASI MILENIA’ Peringkat Kebangsaan 2017 adalah anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia.

2. Tempoh pertandingan ini adalah sehingga 31 Oktober 2017.

3. Tema peraduan adalah ‘ASPIRASI MILENIA’.

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia.

2. Penyertaan adalah PERCUMA.

3. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan. Hanya satu penyertaan sahaja yang layak untuk memenangi hadiah peraduan.

4. Penyertaan boleh dikemukakan secara individu atau berkumpulan.

5. Genre terbuka seperti animasi, drama, sketsa, komedi dan dokumentari.

6. Bagi video berbentuk animasi, penggunaan aplikasi yang mempunyai watermark seperti Powtoon, Vivavideo, Moovly, Wideo, Go Animate, Prezi, Keynote, Prezentit dan Slide Rocket adalah dibenarkan.

7. Peserta dan pelakon di bawah umur 18 tahun yang terlibat dalam penghasilan video perlu mengisi Borang Keizinan Ibubapa/ Penjaga.

8. Setiap produksi boleh melibatkan 5 orang sahaja termasuk ketua kumpulan (DIRECTOR).

9. Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

10. Tema dan tajuk

Konsep video adalah berdasarkan tema ‘ASPIRASI MILENIA’.
Peraduan Video Kreatif “Aspirasi Milenia” memberi ruang kepada remaja, belia dan rakyat Malaysia untuk menyatakan impian mereka tentang masa depan Malaysia di tahun 2050. Ada banyak aspirasi dan idea? Gunakan peluang ini untuk menyalurkan idea anda terus kepada kami.
Kongsikan bagaimana Malaysia yang anda impikan di tahun 2050 dengan memuat naik video anda dan seterusnya berpeluang memenangi hadiah wang tunai.

11. Isi Kandungan Video (PENTING)

Peserta hendaklah memastikan kandungan video yang dihasilkan mempunyai kriteria dan aspek berikut:

        a. Pandangan dan pemahaman mengenai skop yang dinyatakan.
        b. Menepati tema ’ASPIRASI MILENIA’
        c. Penyampaian video dalam bentuk positif dan kreatif

12. Tempoh klip video adalah tidak melebihi 3 minit. Tempoh ini termasuk montaj dan kredit (penghargaan).

13. Peserta boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

14. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipapar dalam segala bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah AVI, MOV, FLV dan MP4.

15. Resolusi minima video yang perlu dihantar adalah video HD-720p (1280x720 pixel resolution)

16. Peserta perlu memuatnaik video yang ingin diperadukan di website ini di ruangan borang pendaftaran.

17. Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.

18. Pastikan semua gambar individu / imej yang diguna telah mendapat persetujuan.

19. Peserta hendaklah menyediakan sinopsis atau ringkasan isi kandungan video.

20. Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta, mengandungi nilai-nilai murni dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin.

21. Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli.

22. Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum mendapat kebenaran penganjur.

23. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan/peraduan video.

24. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.

25. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

26. Sijil Penyertaan hanya diberikan kepada peserta yang menghantar penyertaan lengkap dan memenuhi syarat sahaja.  

1. Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) memiliki hakcipta sepenuhnya terhadap karya yang dihasilkan.

2. ASPIRASI berhak menggunakan karya penyertaan untuk tujuan promosi program/ kepimpinan dan dalam semua bentuk promosi yang lain.

3. ASPIRASI berhak untuk membuat suntingan terhadap penyertaan bagi tujuan pendidikan, penyiaran dan promosi kepimpinan. 

1. Setiap karya akan dinilai keaslian, isi kandungan, konsep dan kreativiti serta kualiti produksi oleh panel juri yang dilantik oleh pihak penganjur.

2. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan.

3. Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon dan emel.  

Tawaran hadiah bagi setiap kategori (Kategori A, B, C dan D) adalah seperti berikut:

i. Kategori Terbuka

Hadiah Tempat Pertama : RM 5,000
Hadiah Tempat Kedua : RM 3,000
Hadiah Tempat Ketiga : RM 2,000

ii. Kategori Universiti

Hadiah Tempat Pertama : RM 3,000
Hadiah Tempat Kedua : RM 2,000
Hadiah Tempat Ketiga : RM 1,000

iii. Kategori Sekolah Menengah

Hadiah Tempat Pertama : RM 2,000
Hadiah Tempat Kedua : RM 1,000
Hadiah Tempat Ketiga : RM 500

iii. Kategori Sekolah Rendah

Hadiah Tempat Pertama : RM 1,000
Hadiah Tempat Kedua : RM 800
Hadiah Tempat Ketiga : RM 450

1. Tarikh tutup peraduan adalah pada 31 Oktober 2017 (Sabtu) jam 12:00 tengah hari.

2. Sila muat naik video anda sekarang di laman web kami www.jelajahmilenia.my.

Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan  penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup.  

Untuk pertanyaan / keterangan lanjut,
sila hubungi: 

Urusetia
Peraduan Video Kreatif
ASPIRASI MILENIA
Peringkat Kebangsaan 2017

PERSATUAN ALUMNI
PEMIMPIN MAHASISWA
ASPIRASI MALAYSIA
No 29-2, Jalan Maju Ria 2
Plaza Wangsa Maju, Seksyen 10 Wangsa Maju
53300, Kuala Lumpur

Dr. Dahlan Abdul Ghani
012-9426701
dahlan7682@gmail.com

En. Malik Fadzil
011-11773977
malik.fadzil@unikl.edu.my

En. Aiman Khairuddin
019-3756713
aiman.aspirasi@gmail.com

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

KATEGORI PERTANDINGAN

Sila pilih kategori mengikut umur dan kelayakan anda

JELAJAH MILENIA

© Copyright Sekretariat Jelajah Milenia 2017