best web site builder

JELAJAH MILENIA

Malaysia Alaf Baru

JELAJAH MILENIA

Jelajah Milenia merupakan sebuah program inisiatif khas yang digerakkan di peringkat nasional untuk generasi pewaris negara yang berumur 10 hingga 30 tahun, yang mana ia berkonsepkan Malaysia Alaf Baru yang lebih maju dan progresif. Jelajah ini merangkumi beberapa siri penjelajahan ke seluruh negara yang mensasarkan golongan pelajar, mahasiswa, pemimpin negara dan ibubapa.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan bagi meningkatkan kefahaman dan perkembangan terkini berkaitan Dasar dan Pelan Rancangan Pembangunan Negara dan ia juga menyediakan platform untuk golongan muda menyalurkan aspirasi untuk mereka bersama menjadikan hari esok Malaysia yang lebih baik.

Melangkah bersama dalam kepelbagaian masyarakat yang besar ke Malaysia Alaf Baru !

Pada setiap lokasi jelajah, mari kita melangkah sepanjang 2.5 kilometer untuk masa depan Malaysia yang lebih baik dan cerah serta maju untuk generasi milenia.

Golongan pemimpin masa hadapan yang terdiri daripada pelajar berumur 17 tahun ke bawah turut serta berdialog, menyampaikan aspirasi mereka secara kreatif dan penuh keceriaan. Ayuh turut serta!

Perkongsian aspirasi, perbincangan, perdebatan dan penjelasan mengenai pembangunan negara kepada golongan masyarakat 30 tahun ke bawah menjanjikan negara yang lebih baik. Ayuh turut serta!

Pada setiap lokasi akan mempamerkan pelan, perancangan dan aktiviti menarik yang melibatkan pembangunan negara masa hadapan disamping mempamerkan kejayaan-kejayaan yang sedia. Ayuh Bersama!

Ruang perdebatan dan percambahan idea oleh generasi milenia dalam menyampaikan aspirasi mereka demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

Anda Kreatif? Ada Idea? Anda Unik? Sampaikan aspirasi milenia anda melalui video kreatif berdurasi pendek dan berpeluang memenangi hadiah serta pengiktirafan hasil usaha anda.

JADUAL JELAJAH

29 jelajah
bermula Ogos 2017

Jelajah Milenia (Perlis)
IPG Kampus Perlis
26 Ogos 2017, Sabtu

Pendaftaran telah ditutup

Forum Milenia (Johor)
Dewan Jubli Intan, Mersing
16 September 2017, Sabtu

Pendaftaran telah ditutup

Jelajah Milenia (Pahang)
UMP Kampus Gambang
7 Oktober 2017, Sabtu

Pendaftaran telah ditutup

Orator Milenia 
UPM Serdang
20-24 Oktober 2017

Senarai Nama Pemenang Orator Milenia
Pendaftaran telah ditutup

Jelajah Milenia (Melaka)
Bandaraya Melaka
19 November 2017, Ahad

Pendaftaran telah ditutup

Jelajah Milenia (Sarawak)
Plaza Merdeka Kuching
8 April 2018, Ahad

Daftar Sekarang

ANJURAN

SEKRETARIAT JELAJAH MILENIA

Dengan Kerjasama

HUBUNGI KAMI

Sebarang cadangan, komen, dan pertanyaan
sila isi ruangan mesej di bawah.

© Hakcipta Penuh Sekretariat Jelajah Milenia